Monday, 16 June 2014

Our solemnization *random picture*





    Assalamualaikum semuaaaa! Lame dah tak jengah belog neh. Bersawang ala bagai. Nasib tade tikus ape semua. Hikhik. Okayyy nak dipendekkan cerita lah kan. 7/6/2014 ari tu aku telah selamat nikah ngan tunang tersayang. Alhamdulillah. Majlis berjalan dengan lancar. Sempat amik gambar neh dekat kawan kawan sajeee. Yang official dari photographer still tak dapat lagi. Bile dah dapat nanti aku review balik okayy.

selepas nikah.

my husband, my superhero, semuaaaa lah katekan.

pelamin and barang barang hantaran.
barang hantaran utk lelaki ; sireh junjung, buku ilmiah, coklat, cookies, jam tangan, perfume and buah buahan.
barang hantaran utk perempuan ; sireh junjung, jam tangan, cookies, handbang and mixer.






lil bro. kesayangan aku neh.

with bff, fara. die neh jugak pengapit aku. hikhik.

with bff jugak, conny. die neh bridesmaid aku. ^^

with them. <3

neh hudaaaaa dr shah alam. patut die jadik bridesmaid aku, tp die kena kerja. its okay biee, asalkan u dtg so i tak majuk ngan u. eheh.


yg pegang bunga tu classmate aku, pgl die cherry. sanggup dtg naik bas dr sunway. mlm sebelum majlis tu die duty night shift, after abis kerja terus gerak pegi johor ngan boyfriends die, momo. cherry, akak terharu gileee okay. :') *kawin nnt jgn lupe jemput akak okay*


Cukup sampai sini aku belanja gambar kawin. Nanti aku belanja lagi okayy. 
bye.



Saturday, 14 December 2013

mini pretzel dan crunchy mars bar for order :)



          Assalamualaikum semua. Dah lame tak jejak kat belog tersayang neh. Mari kite straight to the point lah bak kate org puteh. hikhik. Aku sekarang buad bisnes online sekarang. Saje sebab nak hilangkan bosan. gitewwww. Kat sini ade jual mini pretzel. ade bekas kecik, sederhana dan jugak yang besar. Jom tengok picture. :)


mini pretzel dengan 3 perisa.
fully coated chocolate, chocolate coated with hazelnut dan jugak chocolate coated with almond.


mini pretzel bekas kecik. Harga sabah/sarawak kira lain ye.
neh tak termasuk postage lagi. :)


mini pretzel bekas sederhana.

mini pretzel bekas besar.

yang neh pulak crunchy mars bar.
rm10/bekas *tak termasuk postage lagi*


          if berminat bole whatsapp 013-6172814 :)




Saturday, 5 October 2013

Alhamdulillah. Berita gembira! :)



          Assalamualaikum semua. Ohh. Hello everibadi! sehat kah? Iskk. Lama jugak tak jejak kaki dekat belog neh. Bersawang, berhabuk. Haaa, sume ada. Straight to the point lah bak kate omputeh, berkenaan tajuk entry hari nehhh. Ada 2 cerita je pun. Hikhik. So mari mula bercerita.

         First berita gembira tu, daddy dah kawin lain. Bukan kawin 2 okee. CHOYYYY! Haha. Readers yang sedia maklum, almost 3 years mak kandung aku meninggal dunia. So why not my daddy nak kawin kan? Atleast ade orang bole jaga die, bole jaga family aku bila aku dah kawin kelak. Urus ruma, kemas, masak and bla bla bla bla. Mula mula tu susa jugak nak terima. Yelah, tetibe ade stranger dalam ruma, stress jugak aku cani. Adik aku lagi jangan cakap lahhh. monyok je muke die. hewhew. Hari berganti hari. Bulan berganti bulan, aku and adik dah bole terima sikit sikit lah ngan mak tiri tuu. Dah bole gelak gelak ngan mak tiri tuuu.

          Second things pulakkkk. Jeng jeng jeng! ingat tak before this aku ade cakap pasal Exam Lembaga Jururawat Malaysia (LJM)?. 19/9 ari tu exam LJM. Urghhh! Rase macam nak nangesh je tengok soalan. Kemain susa bebeno. Tawakal je lah mase exam tuuuu. Tapi Alhamdulillah, berkat doa and usaha yang buad aku saket kepala bagai nak rak, tak cukup tido, life tak tentu hala. Aku LULUS weh exam tuuuu. Nangesh nangesh aku kejut daddy. Bagitau die yang aku lulus exam tuuu. iskkk. *lap hingus*. now officially STAFF NURSE. Thanks dekat arwah mama yang banyak bagi aku sokongan. Maa, i miss you so much! Thanks kat daddy, adik. Lecturer yang banyak mengajar. Hencek tunang tersayang yang salu ade kat sisi, tak kira susa atau pun senang. Classmate yang membantu if ade topik yang tak paham ke ape kee. Thank you korang! Exam dah abis, so sekarang holiday kejap dekat ruma. Practice jadi surirumah. ecececey!


haiiii! Rendu nak pakai uniform neh. Iskk.


oke, bai!