Friday, 7 October 2011

bace duluuu baruuu tau :))






Assalamualaikum sume!
heee..
dah lameee tak update belog..
baruuu abis midterm lahhh..
tats why agak busy sikit..


tadi ngah study online, nampak lakkk cite besh anddd secara kebetulan pakcik saia kena taggg..
meh bace meh! 




 Pada suatu malam yang hening dan sunyi di lebuhraya utara selatan kelihatan sebuah kancil putih tersadai di sebelah lane kerosakan. Ada orang tua yang berdiri di sebelahnya, pemilik kancil tu sedang  berjalan kehulu kehilir cuba menahan kereta supaya membantu. Tidak ada sebuah kereta pun berhenti. Tiba-tiba datang la sebuah kereta evo 7 berhenti di sebelah kancil tadi.

"Ada apa nie pakcik, kereta rosak ke?" Tanya pemuda berusia dalam lingkungan 20an.

"A'ha rosak." Jawap pakcik tu simple je.

"OK, cam nie, saya ada tali nanti saya ikat kat kereta saya dan saya tarik kereta pakcik sampai tol." Mamat nie bagi idea.

"Worrait gak tu...", tapi....nanti kalau pakcik rasa awak bawak laju pakcik akan hon dan bagi hi-beam."
"OK pakcik."

Mamat nie pun ikatlah tali kat kereta kancil didepan dan hujungnya diikat dibelakang bumper evonye. Dia pun memandulah dengan slow dan berhati-hati. Dalam lima kilometer mamat nie laju la sikit, apalagi pakcik tu pun hon dan bagi hi-beam la kat mamat tu. Mamat tu pun slowkan balik.

Tiba-tiba ada sebuah ferrari datang dari belakang dan press minyak kat mamat evo 7. Apa lagi, jiwa muda pantang dicabar, dia pun tekan la minyak rapat nak kejar ferrari nie. Lupa la pulak dia dengan kancil org tua yg diikat kat belakang kereta dia. Orang tua tu punya la hangin satu badan, dia pun hon dan bagi hi-beam bagai nak rak. Mamat evo7 tu dah tak sedar dah angin punya pasal. Kebetulan pulak polis ada buat speed trap kat bawah jambatan.

Vrooommm......!berdesup peginye...
“Ini dah lebih speed limit nie” Kate polis nie.
Cecah 250kmj memasing nie.

Dia pun contact la kengkawan dia kat depan supaya saman kereta-kereta yg laju nie.

"OVER...OVER, ada tiga buah kenderaan memandu melebihi had laju, sebuah ferrari, sebuah evo7 dan sebuah lagi kalau aku cakap korang mesti tak percaye punye.........

..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..

“sebuah kancil putih tengah cucuk angin evo 7 tu, siap bagi hon dan hi-beam nak potong..."









heee..
oke, bye!

No comments:

Post a Comment