Saturday, 14 December 2013

mini pretzel dan crunchy mars bar for order :)



          Assalamualaikum semua. Dah lame tak jejak kat belog tersayang neh. Mari kite straight to the point lah bak kate org puteh. hikhik. Aku sekarang buad bisnes online sekarang. Saje sebab nak hilangkan bosan. gitewwww. Kat sini ade jual mini pretzel. ade bekas kecik, sederhana dan jugak yang besar. Jom tengok picture. :)


mini pretzel dengan 3 perisa.
fully coated chocolate, chocolate coated with hazelnut dan jugak chocolate coated with almond.


mini pretzel bekas kecik. Harga sabah/sarawak kira lain ye.
neh tak termasuk postage lagi. :)


mini pretzel bekas sederhana.

mini pretzel bekas besar.

yang neh pulak crunchy mars bar.
rm10/bekas *tak termasuk postage lagi*


          if berminat bole whatsapp 013-6172814 :)




Saturday, 5 October 2013

Alhamdulillah. Berita gembira! :)



          Assalamualaikum semua. Ohh. Hello everibadi! sehat kah? Iskk. Lama jugak tak jejak kaki dekat belog neh. Bersawang, berhabuk. Haaa, sume ada. Straight to the point lah bak kate omputeh, berkenaan tajuk entry hari nehhh. Ada 2 cerita je pun. Hikhik. So mari mula bercerita.

         First berita gembira tu, daddy dah kawin lain. Bukan kawin 2 okee. CHOYYYY! Haha. Readers yang sedia maklum, almost 3 years mak kandung aku meninggal dunia. So why not my daddy nak kawin kan? Atleast ade orang bole jaga die, bole jaga family aku bila aku dah kawin kelak. Urus ruma, kemas, masak and bla bla bla bla. Mula mula tu susa jugak nak terima. Yelah, tetibe ade stranger dalam ruma, stress jugak aku cani. Adik aku lagi jangan cakap lahhh. monyok je muke die. hewhew. Hari berganti hari. Bulan berganti bulan, aku and adik dah bole terima sikit sikit lah ngan mak tiri tuu. Dah bole gelak gelak ngan mak tiri tuuu.

          Second things pulakkkk. Jeng jeng jeng! ingat tak before this aku ade cakap pasal Exam Lembaga Jururawat Malaysia (LJM)?. 19/9 ari tu exam LJM. Urghhh! Rase macam nak nangesh je tengok soalan. Kemain susa bebeno. Tawakal je lah mase exam tuuuu. Tapi Alhamdulillah, berkat doa and usaha yang buad aku saket kepala bagai nak rak, tak cukup tido, life tak tentu hala. Aku LULUS weh exam tuuuu. Nangesh nangesh aku kejut daddy. Bagitau die yang aku lulus exam tuuu. iskkk. *lap hingus*. now officially STAFF NURSE. Thanks dekat arwah mama yang banyak bagi aku sokongan. Maa, i miss you so much! Thanks kat daddy, adik. Lecturer yang banyak mengajar. Hencek tunang tersayang yang salu ade kat sisi, tak kira susa atau pun senang. Classmate yang membantu if ade topik yang tak paham ke ape kee. Thank you korang! Exam dah abis, so sekarang holiday kejap dekat ruma. Practice jadi surirumah. ecececey!


haiiii! Rendu nak pakai uniform neh. Iskk.


oke, bai!

Thursday, 1 August 2013

Dah semakin hampir.



          Assalamualaikum. Setelah sekian lama meninggalkan belog tersayang, kini kembali menaip. Belog yang dulu bersawang, kini telah bertukar wajah *semangat nak raya*. Bulan ramadhan hampir meninggalkan kita. Bulan syawal bakal menjelma. Tapi sebelum tuu, puasa cukup ke tak? Kang ade tinggal tinggal. Kalau yang perempuan tu sedia maklum lah kan. Neh kalau yang lelaki, haaa. PERIOD jugak keee? -.-"


          Well, macam biasa kehidupan seorang student ade cuti lama. Ade cuti kejap. Macam aku yang dah nak habis study neh cuti kejap je seminggu. Oke lahhh daripada tak cuti langsung, kang ade yang meraung raung dalam bilik tak dapat balik kampung -.-.Untung sape yang cuti 2 minggu tu. *gua jeles*


          Ehem! So acane dengan persiapan raya? Dah lengkap? kuih raya? Baju raya pulak bape pasang? nak nak pulak kakitangan awam dapat bonus kan. Kemain lagi ade isteri isteri yang tengah sibuk nak tukar sofa lah, TV la. Kalau boleh semua nak tukar. Yang mane baru kawin mesti bergaduh nak balik kampung sape dulu. nak nak pulak yang sorang utara, sorang selatan. Jenuh nak fikir. Ape susah? osom je lahhhh~ *mintak mintak aku tak macam neh nanti*


p/s ; testing post entry Ramadhan, setelah sekian lame menyepi.

kbai!

Saturday, 23 March 2013

Perkenalan antara si ikan dan itik.



        Assalamualaikum. ohh. *termenung sebentar*. Belog sudah tak terbela. Berhabuk. Malah bersawang lagi. Masih ada yang ingat tentang belog neh? Herm. Masih ada kah? Mungkin. Aiyaaa. Sejak bile aku menaip gune bahasa macam neh. Ya ampunnnn! Okee. Malam neh nak cerita sikit. Kesah ikan dan jugak itik. Maklumlah belog aku belog kanak kanak tadika. Eheh.

       Perkenalan antara ikan dan itik. Tak dijangkaa. Haha. Yee. Perkara yang tak disangka sangka akan berlaku. Si ikan mungkin tak dapat menerima si itik. Permulaan perkenalan tu agak panas. Seolah olah tak puas hati. Si ikan agak berlembut hati dengan si itik yang comel. memujuk hati untuk menerima hakikat. Well. Lama kelamaan hubungan mereka makin okee. mungkin pada permulaan dulu agak tegang. Ohh. Lupa pulak, si itik sedang menyulam kaseh bersama si tupai. Mungkin kedengaran agak lucu bile memilih name haiwan. Tapi tak mengapa. Demi persahabatan. Semoga berbahagia itik dan tupai. 



comel pulak itik dan ikan tuu.

# p/s ; tupai sila jangan buad perangai. Akan ku tembak dengan senapang gajah kelak! -.-