Thursday, 1 August 2013

Dah semakin hampir.



          Assalamualaikum. Setelah sekian lama meninggalkan belog tersayang, kini kembali menaip. Belog yang dulu bersawang, kini telah bertukar wajah *semangat nak raya*. Bulan ramadhan hampir meninggalkan kita. Bulan syawal bakal menjelma. Tapi sebelum tuu, puasa cukup ke tak? Kang ade tinggal tinggal. Kalau yang perempuan tu sedia maklum lah kan. Neh kalau yang lelaki, haaa. PERIOD jugak keee? -.-"


          Well, macam biasa kehidupan seorang student ade cuti lama. Ade cuti kejap. Macam aku yang dah nak habis study neh cuti kejap je seminggu. Oke lahhh daripada tak cuti langsung, kang ade yang meraung raung dalam bilik tak dapat balik kampung -.-.Untung sape yang cuti 2 minggu tu. *gua jeles*


          Ehem! So acane dengan persiapan raya? Dah lengkap? kuih raya? Baju raya pulak bape pasang? nak nak pulak kakitangan awam dapat bonus kan. Kemain lagi ade isteri isteri yang tengah sibuk nak tukar sofa lah, TV la. Kalau boleh semua nak tukar. Yang mane baru kawin mesti bergaduh nak balik kampung sape dulu. nak nak pulak yang sorang utara, sorang selatan. Jenuh nak fikir. Ape susah? osom je lahhhh~ *mintak mintak aku tak macam neh nanti*


p/s ; testing post entry Ramadhan, setelah sekian lame menyepi.

kbai!

1 comment:

  1. welcome back and selamat berhari raya. :)

    ReplyDelete